PUTRAJAYA: Terdapat lima kes baharu jangkitan positif cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini bagi tempoh 31 Okt hingga semalam, kesemuanya membabitkan lelaki tempatan, yang menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak sembilan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Kes kelima disahkan pada 10 Nov melibatkan lelaki berumur 40 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 29 Okt.
Kes keenam pula membabitkan lelaki berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 7 Nov dan disahkan pada 12 Nov, manakala kes ketujuh merupakan kontak rapat kepada kes keenam, melibatkan lelaki berusia 35 tahun yang turut menunjukkan gejala lepuh pada 11 Nov dan disahkan pada 12 Nov.
Kes kelapan melibatkan lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko dan mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot (myalgia), bengkak kelenjar (lymphadenopathy) dan ruam makulopapular sejak 6 Nov dan disahkan pada 15 Nov.
Bagi kes kesembilan pula membabitkan lelaki berumur 47 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko menunjukkan gejala demam dan ruam pada 8 Nov dan disahkan pada 17 Nov.
"Kesemua kes sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil.
"...manakala kesemua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau," katanya sambil menambah kesemua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Dr Muhammad Radzi berkata jangkitan berlaku menerusi sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Menurut beliau gejala mpox adalah demam berserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.
"Tempoh inkubasi mpox iaitu daripada tarikh individu terdedah kepada jangkitan sehingga mendapat gejala adalah antara lima ke 21 hari.
"Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain satu hari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya, dan sekiranya disyaki atau disahkan mpox perlu menjalani perintah pengasingan sehingga disahkan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain," katanya.
Menurut Dr Muhammad Radzi lazimnya kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.
Beliau turut meminta para pengamal perubatan supaya peka terhadap individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
"Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan mpox perlu didapatkan. Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan," katanya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada Guidelines Mpox Management In Malaysia diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Januari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Gejala mpox adalah demam berserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea. - Gambar hiasan
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Selain gaji minimum, jurang upah pelbagai dimensi perlu diatasi - Pakar
Antaranya termasuk kesenjangan upah antara jantina, etnik, kumpulan umur, aktiviti ekonomi, dan negeri.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.